Qaseh Gold

Qaseh Gold
Makanan Sunnah

Wednesday, August 13, 2014

Kencing manis ketika mengandung @ GDM

Alhamdullillah..... 
2nd pregnancy ni xde langsung kencing manis..baru lepas kena minum air gula...
Kalau dulu,sampai kena amek insulin 3x sehari...hari2 cucuk perut sampai berlubang2..
Semua berkat amalkan sole..Hehe...dulu xkenal dengan sole ni..

Pada sesiapa y ada kencing manis,muda,tua,pregnant ataupon tidak,y nak mencuba kawal kencing manis,bole try sole..Insyaallah...xmahal pn..rm52 je.. Ada yang da try , dari bacaan gula 20 , boleh normal ke 4.. dah stop insulin pon.. insyaAllah....



Cara minum pon senang je..
setiap pagi : 3ml + 1mug air, minum sewaktu perut kosong
Sepanjang hari : 5ml+1.5ml : amalkan minum sepanjang hari.

Tuesday, May 20, 2014

Qaseh Gold.. Lebih Nilai untuk wang anda

Dengan ramuan-ramuan dari makanan sunnah, InsyaAllah boleh meningkatkan taraf kesihatan anda..

Qaseh Gold dan IMP


Apa itu IMP?

IMP adalah Islamic Manufacturing Practice @ Amalan Pengilangan Islamic yang mendapat pengiktirafan oleh JAKIM dan Qaseh Gold disediakan di bawah piawaian IMP.

Secara umumnya, IMP ialah suatu piawaian yang bertaraf Halalan Toyyiba iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fizikalnya (yakni tiada bahan-bahan haram ataupon kontiminasi dengan bahan-bahan haram) malahan suci dari sudut rohaniahnya.

Walaupon terdapat lambakan produk kesihatan terutamanya supplemen dari luar negara yang mendapat sijil halal, tetapi ianya tidak memadai untuk meningkatkan kesihatan Jasmani dan rohani kita.

InsyaAllah, dengan memakan produk yang Halalan Toyyiba , ianya akan merubah 4 perkara iaitu pemikiran, perasaan, jiwa dan budi pekerti di samping menjadikan rohani kita lebih dekat kepada perintah Allah dan Rasul.

IMP telah diwujudkan sejak 2005  dan kaedah pengilangan harus mematuhi tuntutan hukum hukum dalam Islam. Produk hasil pengilangan IMP ini dijamin kesuciannya bukan sahaja dari sudut lahiriah tetapi juga dari sudut rohaninya.

IMP akan merangkumi semua proses di bawah unntuk memastikan piawaianya bukan sahaja memenuhi kehendak Islam malah juga mematuhi peraturan-peraturan dan piawaian laen yang ditetapkan seperti

1. IMP -Islamic Manufacturing Practice
2. GMP - Good Manufacturing Practice
3. HACCP - Persijilan dari Eropah
4. ISO 9002
5. Halal


Proses Pengilangan IMP

Proses pengilangan IMP terbahagi kepada 3:
1. Pengusaha
2. Situasi kilang dan bahan mentah
3. Pekerja

Pengusaha IMP

Pengusaha yang ingin melibatkan diri dalam pembuatan produk berasaskan Halalan Toyyiba mestilah :

1. Mengetahui persoalan hukum pembuatan produk
2. Mempunyai ilmu -ilmu berhubung dengan persoalan keagamaan
3. Membekalkan produk mengiut piawaian syarak
4. Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan akan dituntut di akhirat kelak
5. Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna Muslim semata mata mencari keredhaan Allah.
6. Sumber kewangan yang digunaan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba

Situasi Kilang dan Bahan Mentah

1. Susunan dalam kilang mengikut syariat
2.Tidak ada muzik
3. Ada bacaan Al-Quran
4.Ada kuliah kefahaman tentang IMP, GMP dan HACCP
5. Ada kuliah kefahaman agama pada keseluruhan pengurusan dan pekerja 3 kali seminggu
6. Sumber bahan-bahan mentah hendaklah halal  dan mendapat pengesahan dari pihak berkuasa dari Unit  Audit Syariah Dalaman
7. Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah.

Pekerja

1. Pekerja mestilah Islam dan beriman kepada Allah dan Rasulnya (wajib menutup aurat)
2. Mengetahui dengan sungguh-sungguh hukum thoharah yang berhubung dengan drinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah
3. Mengetahui tentang air mutlak dan air mustaqmal
4. Kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-bacaan yang perlu dibaca semasa proses pengilangan
5. Sentiasa ada air wudhu
6. Mesti mulakan dengan Bismillah dan doa-doa khusus
7. Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan
8.Perempuan yang haid dipindahkan dari bahagian pemprosesan buat sementara waktu ke bahagian lain.


Ramuan di dalam Qaseh Gold

Ramuan terbaik yang terdapat di dalam Qaseh Gold


BERMINAT???
Boleh hubungi saya untuk belian produk dan peluang perniagaan, sama ada dropship, sekadar mencuba atau serius berniaga. Saya akan membimbing anda. Pelbagai kelas juga disediakan oleh HQ.

Whatsapp/sms/call/ : 012-9221876
Email : wanieed85@gmail.com
Facebook page :https://www.facebook.com/pages/WanieQaseh

Saturday, May 17, 2014

Risau susu merudum menjelang Ramadhan?

Risau susu merundum menjelang Ramadhan?
Saya ada tips... Jangan Skip makan sahur..
Makan nasi sewaktu sewaktu..
Jangan skip waktu pump..
Jangan fikirkan yang susu berkurang..
Sentiasa positif..

Air suam dan kurma juga jangan dilupa..
Ini kerana kurma dapat membekalkan tenaga..

Di kala sedang melawan sakit contraction nak bersalin pon,
seeloknya kunyah kurma..

Tapi, ramai yang tak tahu,
Kurma dan juga habbatus sauda sering kali digunakan sebagai milk booster
untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.. 
Natural milk booster..

cuma kadang-kadang, kita tak sempat nak makan.. 
Dengan mengambil Qaseh Adinda, InsyaAllah dapat membantu pengeluaran susu.. 
Ini kerana kandungan kurma dan habbatus sauda yang terdapat didalam ramuannya..

Saya sendiri pada mulanya mengambil untuk membantu 
pengeluaran susu di samping sebagai makanan tambahan ketika mengandung.. 
Alhamdullillah, walaupon hampir 4bulan mengandung, 
saya masih dapat menyusukan Syahmi yang 
berumur 1tahun 8bulan.. 
Badan pon tak terasa begitu letih dan lesu.. 

InsyaAllah bermanfaat.




BERMINAT???
Boleh hubungi saya untuk belian produk dan peluang perniagaan, sama ada dropship, sekadar mencuba atau serius berniaga. Saya akan membimbing anda. Pelbagai kelas juga disediakan oleh HQ.

Whatsapp/sms/call/ : 012-9221876
Email : wanieed85@gmail.com
Facebook page :https://www.facebook.com/pages/WanieQaseh


QASEH KEKANDA

Qaseh Gold kekanda yang dirumus khas dengan 
kurma,madu,habbatussauda,buah tiin,zaitun,delima,air zamzam..
diperkayakan lagi dengan Prebiotic semulajadi daripada gam arab dan zaafaran,ginkgo&sirih..
Juga herba khusus Tribulus,guarana&ashwaganda..
 INSYAALLAH bermanfaat untuk kesihatan diri



BERMINAT???
Boleh hubungi saya untuk belian produk dan peluang perniagaan, sama ada dropship, sekadar mencuba atau serius berniaga. Saya akan membimbing anda. Pelbagai kelas juga disediakan oleh HQ.

Whatsapp/sms/call/ : 012-9221876
Email : wanieed85@gmail.com
Facebook page :https://www.facebook.com/pages/WanieQaseh

Bekerja dari rumah

Pada awal saya berhenti kerja, memang tiada plan untuk buat apa-apa.. Tapi, bertemu dengan Qaseh Gold, rasanya bole dibuat sebagai pendapatan sampingan..

Jika ada surirumah tangga macam saya yang ingin mencari pendapatan sampingan dengan bekerja di rumah, bolehla mencuba menjadi agen dropship / pengedar Qaseh Gold..

Kami masih memerlukan agen-agen untuk bersama-sama berkongsi kebaikan makanan-makanan sunnah..

Masyarakat zaman ini lebih bergantung kepada formulasi formulasi barat sebagai makanan kesihatan sampingan..

Mungkin kita boleh kembali kepada makanan-makanan semulajadi yang menjadi sunnah Nabi kita..

Dengan formulasi makanan sunnah yang terpilih dan kilang bertaraf IMP dari Ana Edar, ia dapat membantu meningkatkan taraf kesihatan sejagat.

InsyaAllah..

Jika ada yang berminat, boleh hubungi saya...
Saya akan kongsikan lagi kebaikan-kebaikan dari Qaseh Gold.

BERMINAT???
Boleh hubungi saya untuk belian produk dan peluang perniagaan, sama ada dropship, sekadar mencuba atau serius berniaga. Saya akan membimbing anda. Pelbagai kelas juga disediakan oleh HQ.

Whatsapp/sms/call/ : 012-9221876
Email : wanieed85@gmail.com
Facebook page :https://www.facebook.com/pages/WanieQaseh

Thursday, May 15, 2014

Khasiat Kurma

Kurma.. siapa yang tak kenal dengan kurma..
Tambahan pulak dekat dengan Ramadhan ni kan..
Mesti terngiang ngiang suara iklan "Yussof Taiyyob"..

Tapi, pernah tak terpikir kenapa selalunya kita makan kurma ketika bersahur dan berbuka?

Mari saya tolong share khasiat kurma:-

Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.

“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“ Al-Mukminah ayat 19

“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“. Sabda Rasulullah SAW

Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Apakah antara khasiat utama kurma?

1) Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera

Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad

Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

2)  Kaya dengan serat dan potassium

Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.

Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3)  Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”Surah Maryam, ayat 25

Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

6) Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

-Sumber dari penpatah.blogspot.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب-


Dengan rumusan kurma di dalam produk Qaseh Gold, InsyaAllah, kita akan mendapat kebaikan-kebaikan dari kurma itu sendiri..


BERMINAT???
Boleh hubungi saya untuk belian produk dan peluang perniagaan, sama ada dropship, sekadar mencuba atau serius berniaga. Saya akan membimbing anda. Pelbagai kelas juga disediakan oleh HQ.

Whatsapp/sms/call/ : 012-9221876
Email : wanieed85@gmail.com

Facebook page :https://www.facebook.com/pages/WanieQaseh

Wednesday, May 14, 2014

Pengenalan mengenai Ana Edar

Intro


Alhamdullillah.. bermula hari ini, saya akan menjejakkan kaki ke dunia yang baru..hidup sebagai surirumah..
Tiada lagi jawatan engineer yang saya sandang..
Mulai hari ini, dengan azam baru, nak menambah pendapatan dengan berkongsi kebaikan produk Qaseh Gold keluaran Ana Edar..

 Siapa Ana Edar?..Mari baca keratan dari berita kosmo..


Penerus legasi Ana Edar

HASNIZA bersama sebahagian daripada produk Ana Edar.


DI mana ada kemahuan di situ ada jalan. Pepatah itu mungkin menjadi pegangan wanita kecil molek, Hasniza Hassan sehingga berjaya membantu mengangkat legasi perniagaan milik arwah bapa mertuanya, Othman Omar. Perniagaan itu diasaskan pada tahun 1983 dengan jenama Ana.
Wanita berusia 37 tahun yang pernah bergelar pensyarah itu adalah Pengarah Pembangunan Perniagaan Ana Edar Sdn. Bhd. (Ana Edar). Hasniza membantu Pengarah Urusan Ana Edar, Lokman Othman, 37, yang juga suaminya. 
Berbekalkan semangat dan tekad untuk meneruskan kelangsungan perniagaan warisan keluarga, pasangan suami isteri yang juga graduan Undang-Undang dan Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berjaya menguruskan perniagaan dengan baik walaupun tanpa sebarang pengalaman dalam bidang perniagaan.
Walaupun jenama Ana telah bertapak di pasaran sekitar tahun 1983 dengan memasarkan produk kegunaan harian, Hasniza mula terlibat dalam perniagaan tersebut pada tahun 2000 yang memasarkan produk makanan tambahan berasaskan Islam.
Menurut Hasniza, penglibatannya dalam Ana Edar lebih kepada membantu mengembangkan perniagaan suaminya. 
"Jenama Ana yang sudah 27 tahun bertahan bermula dengan jualan produk minyak wangi, bedak dan syampu. Dulu Ana memasarkan produk yang memang dicari-cari seperti produk kegunaan harian yang suci dan terjamin halal pembuatannya.
"Dahulu perniagaan ini dijalankan oleh arwah ayah dan ibu iaitu Othman Omar dan Esah Omar yang menjadi pengasas Ana sebelum diserahkan kepada suami saya, Lokman pada tahun 2000 selepas arwah meninggal dunia," katanya.
Tambahnya, dia dan suami hanya meneruskan perjuangan arwah untuk memasarkan produk alternatif berupa rangkaian produk halal dan suci, pada masa yang sama melahirkan usahawan Muslim berdaya saing dan berkemahiran. 
Pada tahun 1988, perniagaan Ana Edar yang berteraskan perniagaan pelbagai peringkat (MLM) mendapat sambutan yang memberangsangkan.
"Selain menjual produk yang bermutu dan sesuai untuk kegunaan masyarakat, Ana Edar pada masa yang sama memberikan peluang perniagaan kepada orang ramai dengan berlandaskan syariat.


SYARIKAT Ana Edar membuka peluang perniagaan kepada orang ramai.



"Kami mengamalkan pelan pemasaran lebih terbuka dan tiada apa yang perlu disorokkan kepada mereka yang terlibat. Pendapatan mereka adalah hasil daripada keuntungan jualan, komisen dan pembayaran bonus bergantung kepada hasil jualan," ujarnya.
Kini, Ana Edar mempunyai lebih 40 rangkaian produk termasuk makanan, kosmetik, barangan keperluan rumah, kelengkapan mandian dan kebanyakan produknya sudah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sementara yang lain masih dalam senarai menunggu.
Proses pembuatan produk Ana Edar disediakan di bawah piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP) yang mendapat pengiktirafan Jakim.
"Setiap produk yang dihasilkan dalam persekitaran Islam. Tiada sembang-sembang kosong, semua pekerja mempunyai wuduk sepanjang operasi dan sebelum memulakan kerja mereka akan berdoa.
"Buat masa ini, Ana Edar bekerjasama dengan kilang-kilang lain dan merancang untuk mempunyai kilang sendiri suatu hari nanti," jelasnya.
Kata Hasniza, semua kilang-kilang tersebut dipantau bagi memastikan kualiti dan keselamatan produk. Contohnya, produk kosmetik dan mandian tidak menggunakan bahan-bahan karsinogen.
Tahun ini, Ana Edar akan mengadakan siri latihan kepada pengedar dan stokis selain mengadakan siri jelajah ke seluruh Malaysia bagi mendidik masyarakat mengenai kebaikan produk Ana Edar.
Kepada yang berminat, Ana Edar mempelawa orang ramai yang ingin menjadi rakan niaga untuk produk Ana Edar meng hubungi talian 03-61890484 atau layari laman web Ana Edar www.qaseh.info

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0430&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz2m94eEvu1 
Hakcipta terpelihara 

Konsep sunnah Qaseh



LUQMAN OTHMAN bersama produk makanan tambahan Qaseh.



MENGGUNAKAN konsep Santapan Bersih Jasmani dan Rohani, Qaseh merupakan sejenis produk makanan tambahan yang menggabungkan makanan sunnah dan herba tradisi. 
Ia terdiri daripada madu, air zam zam, buah tin, buah zaitun, kurma dan habbatus sauda. 
Sementara itu, herba tradisinya merangkumi sirih, zaf'ran, manjakani, daun pegaga dan lain-lain. Produk makanan tambahan Qaseh terdiri daripada dua jenis iaitu untuk lelaki, Qaseh Kekanda manakala untuk wanita, Qaseh Adinda. 
Proses pembuatan Qaseh disediakan di bawah piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP) yang telah mendapat pengiktirafan daripada JAKIM.
Menurut Pengarah urusan Ana Edar, Luqman Othman, produk makanan tambahan Qaseh merupakan konsep gabungan Sunnah.


PENGAMBILAN sukatan sekurang-kurangnya 2 kali sehari mampu memberikan tenaga selepas seharian bekerja.



Makanan tambahan Qaseh ini boleh membantu membekalkan tubuh badan dengan zat-zat seperti vitamin, mineral, protein dan sebagainya. Ia juga mampu mempertingkatkan sistem imunisasi tubuh.
"Penghasilan produk Qaseh ini memfokuskan kepada sistem penghadaman dalam tubuh badan dan perbaiki sistem organ dalam tubuh," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Manakala untuk Qaseh Adinda pula, ia mengandungi herba khusus yang sesuai untuk wanita. Ia terdiri daripada herba manjakani dan daun pegaga. 


QASEH diyakini mampu membekalkan zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita.



Menurut Pengarah Pembangunan Perniagaan, Hasniza Hassan, Qaseh Adinda diyakini mampu untuk memperbaiki sistem peranakan. Ia juga membekalkan nutrien dan baik untuk fungsi penghadaman serta fungsi hati. 
"Qaseh mampu membekalkan tenaga selain membekalkan nutrien kepada tubuh badan. Produk ini juga sesuai untuk wanita yang mengalami masalah senggugut dan keputihan.
"Qaseh amat sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan peringkat umur serta boleh dinikmati oleh segenap masyarakat. Sesiapa sahaja boleh menggunakan produk makanan tambahan ini," ujarnya.
Qaseh bukan sahaja untuk keperluan rohani tetapi ia juga mampu memperbaiki emosi. Bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan doa adalah penguat kepada proses penghasilan makanan tambahan Qaseh ini.
Produk Qaseh juga bukan sahaja penting untuk kesihatan tubuh badan, malah ia juga diyakini mampu memperbaiki emosi seseorang dan mampu memberikan respons yang baik. Penggunaan bahan-bahan makanan Sunnah ini, diyakini mampu memberikan kesan positif terhadap kesihatan rohani dan jasmani seseorang itu.





Kini, Ana edar mempunyai lebih 30 jenis rangkaian barangan yang memenuhi keperluan masyarakat Islam khususnya termasuklah barangan penjagaan diri dan kesihatan. Malah, Ana edar mempunyai 70 orang stokis di seluruh Malaysia dan mempunyai kira-kira 30,000 ahli berdaftar.
Selain itu, Ana edar juga mempunyai barangan produk penjagaan luaran. Produk ini seratus peratus menggunakan herba tanpa menggunakan bahan kimia. 
Rangkaian produk ini terdiri daripada 3 dalam 1 iaitu pembersih semula jadi bebas bahan kimia dan bahan pengawet. Produk ini sesuai digunakan untuk muka, rambut dan juga badan. 
Selain itu terdapat produk krim kulit yang bertindak sebagai pelembap muka dan memperbaiki struktur kulit muka. Manakala untuk theraputic rub iaitu bam mampu melegakan sendi-sendi, sembelit dan menahan rasa mengantuk.
Bertitik tolak dengan memperkenalkan jenama Ana pada tahun 1983, kini perniagaan yang dikenali sebagai Ana Edar. Sdn. Bhd. semakin bertapak kukuh di pasaran sejak 1992.
Ana Edar juga mempelawa mereka yang ingin menjadi rakan niaga untuk produk ana edar. Mereka yang berminat boleh menghubungi Ana Edar Sdn.Bhd, No 9, Jalan 6, Taman Batu Off Greenwood Park, 68100 Batu Caves, Selangor atau hubungi talian,03-61890484. Untuk sebarang maklumat, anda boleh layari laman web ana edar di www.anaedar.com

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0728&pub=Kosmo&sec=Stailo&pg=st_03.htm#ixzz2m94tTsmU 
Hakcipta terpelihara 


MEMPERJUANGKAN MAKANAN SUNNAH
MEMARTABATKAN EKONOMI UMMAH
MAKANAN SUNNAH, MUDAH MURAH MUJARRAB 

BERMINAT???
Boleh hubungi saya untuk belian produk dan peluang perniagaan, sama ada dropship, sekadar mencuba atau serius berniaga. Saya akan membimbing anda. Pelbagai kelas juga disediakan oleh HQ.

Whatsapp/sms/call/ : 012-9221876
Email : wanieed85@gmail.com
Facebook page :https://www.facebook.com/pages/WanieQaseh

Qaseh Gold Adinda dan Kekanda

Apa itu Qaseh Gold? Bagos ke? Halal ke? Mahal ke?

Jangan kalut kalut dulu..Mari saya cerita dari A-Z pasal Qaseh Gold nih...

Qaseh Gold dirumus dengan madu, kurma, habbatus sauda, buah tiin, minyak zaitun, saffron, air zam zam dan pelbagai herba terpilih lain serta Arabic Gum yang bertindak sebagai prebiotik semula jadi..

Kebaikan Qaseh Gold
Kita nih selalunya susah nak ambil makanan - makanan sunnah ni..selalu je bertangguh.. nak mencari pon malas..hehe..kalau ada pon, liatnya nak makan..betul tak?heheh..sebab saya pon macam tuh dulu..semua ada kat rumah..tp malas nak makan..dengan adanya minuman ni, senang sikit nak makan.. Nanti saya cerita kebaikan satu-satu kandungan dlm post selepas ni.

Kalau kita penat bekerja, kadang kadang emosi jadi tak tentu bila berada kat rumah.. Anak nak bermanja pon kita malas layan sebab penat kononnya.. InsyaAllah lepas consume, emosi lebih stabil..lebih tenang..sebab apa yang masuk dlm perot kita yang membentuk diri kita..

Selepas consume Qaseh Gold, benda yang paling improve adalah tenaga waktu awal pagi dan tidur yang lebih tenang. Dulu susah nak tidur, sebab pikir macam macam.. Bangun pagi pon rasa lesu..Tapi lepas consume Qaseh Gold, bole nampak perubahan ketara. Semoga berpanjangan. 

Di samping itu, kebaikan Qaseh Gold yang laen adalah:

  • Memudahkan pengambilan makanan sunnah harian - 
  • Menstabilkan emosi - 
  • Menambah tenaga dalaman dan luaran - Dengan ramuan kurma, kismis,madu yang membekalkan glukos semulajadi, InsyaAllah badan lebih bertenaga dan sihat.
  • Mencerdaskan minda
  • Membuang toksin
  • Melancarkan penyerapan dan sistem perkumuhan
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Memperbaiki perjalanan darah serta sistem saraf
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Membantu pengeluaran susu ibu
  • Menaikan seri wajah
InsyaAllah, kebaikan yang bermanfaat..

                                                           BERMINAT???
Boleh hubungi saya untuk belian produk dan peluang perniagaan, sama ada dropship, sekadar mencuba atau serius berniaga. Saya akan membimbing anda. Pelbagai kelas juga disediakan oleh HQ.

Whatsapp/sms/call/ : 012-9221876
Email : wanieed85@gmail.com
Facebook page :https://www.facebook.com/pages/WanieQaseh