Qaseh Gold

Qaseh Gold
Makanan Sunnah

Wednesday, May 14, 2014

Pengenalan mengenai Ana Edar

Intro


Alhamdullillah.. bermula hari ini, saya akan menjejakkan kaki ke dunia yang baru..hidup sebagai surirumah..
Tiada lagi jawatan engineer yang saya sandang..
Mulai hari ini, dengan azam baru, nak menambah pendapatan dengan berkongsi kebaikan produk Qaseh Gold keluaran Ana Edar..

 Siapa Ana Edar?..Mari baca keratan dari berita kosmo..


Penerus legasi Ana Edar

HASNIZA bersama sebahagian daripada produk Ana Edar.


DI mana ada kemahuan di situ ada jalan. Pepatah itu mungkin menjadi pegangan wanita kecil molek, Hasniza Hassan sehingga berjaya membantu mengangkat legasi perniagaan milik arwah bapa mertuanya, Othman Omar. Perniagaan itu diasaskan pada tahun 1983 dengan jenama Ana.
Wanita berusia 37 tahun yang pernah bergelar pensyarah itu adalah Pengarah Pembangunan Perniagaan Ana Edar Sdn. Bhd. (Ana Edar). Hasniza membantu Pengarah Urusan Ana Edar, Lokman Othman, 37, yang juga suaminya. 
Berbekalkan semangat dan tekad untuk meneruskan kelangsungan perniagaan warisan keluarga, pasangan suami isteri yang juga graduan Undang-Undang dan Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berjaya menguruskan perniagaan dengan baik walaupun tanpa sebarang pengalaman dalam bidang perniagaan.
Walaupun jenama Ana telah bertapak di pasaran sekitar tahun 1983 dengan memasarkan produk kegunaan harian, Hasniza mula terlibat dalam perniagaan tersebut pada tahun 2000 yang memasarkan produk makanan tambahan berasaskan Islam.
Menurut Hasniza, penglibatannya dalam Ana Edar lebih kepada membantu mengembangkan perniagaan suaminya. 
"Jenama Ana yang sudah 27 tahun bertahan bermula dengan jualan produk minyak wangi, bedak dan syampu. Dulu Ana memasarkan produk yang memang dicari-cari seperti produk kegunaan harian yang suci dan terjamin halal pembuatannya.
"Dahulu perniagaan ini dijalankan oleh arwah ayah dan ibu iaitu Othman Omar dan Esah Omar yang menjadi pengasas Ana sebelum diserahkan kepada suami saya, Lokman pada tahun 2000 selepas arwah meninggal dunia," katanya.
Tambahnya, dia dan suami hanya meneruskan perjuangan arwah untuk memasarkan produk alternatif berupa rangkaian produk halal dan suci, pada masa yang sama melahirkan usahawan Muslim berdaya saing dan berkemahiran. 
Pada tahun 1988, perniagaan Ana Edar yang berteraskan perniagaan pelbagai peringkat (MLM) mendapat sambutan yang memberangsangkan.
"Selain menjual produk yang bermutu dan sesuai untuk kegunaan masyarakat, Ana Edar pada masa yang sama memberikan peluang perniagaan kepada orang ramai dengan berlandaskan syariat.


SYARIKAT Ana Edar membuka peluang perniagaan kepada orang ramai.



"Kami mengamalkan pelan pemasaran lebih terbuka dan tiada apa yang perlu disorokkan kepada mereka yang terlibat. Pendapatan mereka adalah hasil daripada keuntungan jualan, komisen dan pembayaran bonus bergantung kepada hasil jualan," ujarnya.
Kini, Ana Edar mempunyai lebih 40 rangkaian produk termasuk makanan, kosmetik, barangan keperluan rumah, kelengkapan mandian dan kebanyakan produknya sudah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sementara yang lain masih dalam senarai menunggu.
Proses pembuatan produk Ana Edar disediakan di bawah piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP) yang mendapat pengiktirafan Jakim.
"Setiap produk yang dihasilkan dalam persekitaran Islam. Tiada sembang-sembang kosong, semua pekerja mempunyai wuduk sepanjang operasi dan sebelum memulakan kerja mereka akan berdoa.
"Buat masa ini, Ana Edar bekerjasama dengan kilang-kilang lain dan merancang untuk mempunyai kilang sendiri suatu hari nanti," jelasnya.
Kata Hasniza, semua kilang-kilang tersebut dipantau bagi memastikan kualiti dan keselamatan produk. Contohnya, produk kosmetik dan mandian tidak menggunakan bahan-bahan karsinogen.
Tahun ini, Ana Edar akan mengadakan siri latihan kepada pengedar dan stokis selain mengadakan siri jelajah ke seluruh Malaysia bagi mendidik masyarakat mengenai kebaikan produk Ana Edar.
Kepada yang berminat, Ana Edar mempelawa orang ramai yang ingin menjadi rakan niaga untuk produk Ana Edar meng hubungi talian 03-61890484 atau layari laman web Ana Edar www.qaseh.info

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0430&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz2m94eEvu1 
Hakcipta terpelihara 

Konsep sunnah Qaseh



LUQMAN OTHMAN bersama produk makanan tambahan Qaseh.



MENGGUNAKAN konsep Santapan Bersih Jasmani dan Rohani, Qaseh merupakan sejenis produk makanan tambahan yang menggabungkan makanan sunnah dan herba tradisi. 
Ia terdiri daripada madu, air zam zam, buah tin, buah zaitun, kurma dan habbatus sauda. 
Sementara itu, herba tradisinya merangkumi sirih, zaf'ran, manjakani, daun pegaga dan lain-lain. Produk makanan tambahan Qaseh terdiri daripada dua jenis iaitu untuk lelaki, Qaseh Kekanda manakala untuk wanita, Qaseh Adinda. 
Proses pembuatan Qaseh disediakan di bawah piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP) yang telah mendapat pengiktirafan daripada JAKIM.
Menurut Pengarah urusan Ana Edar, Luqman Othman, produk makanan tambahan Qaseh merupakan konsep gabungan Sunnah.


PENGAMBILAN sukatan sekurang-kurangnya 2 kali sehari mampu memberikan tenaga selepas seharian bekerja.



Makanan tambahan Qaseh ini boleh membantu membekalkan tubuh badan dengan zat-zat seperti vitamin, mineral, protein dan sebagainya. Ia juga mampu mempertingkatkan sistem imunisasi tubuh.
"Penghasilan produk Qaseh ini memfokuskan kepada sistem penghadaman dalam tubuh badan dan perbaiki sistem organ dalam tubuh," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Manakala untuk Qaseh Adinda pula, ia mengandungi herba khusus yang sesuai untuk wanita. Ia terdiri daripada herba manjakani dan daun pegaga. 


QASEH diyakini mampu membekalkan zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita.



Menurut Pengarah Pembangunan Perniagaan, Hasniza Hassan, Qaseh Adinda diyakini mampu untuk memperbaiki sistem peranakan. Ia juga membekalkan nutrien dan baik untuk fungsi penghadaman serta fungsi hati. 
"Qaseh mampu membekalkan tenaga selain membekalkan nutrien kepada tubuh badan. Produk ini juga sesuai untuk wanita yang mengalami masalah senggugut dan keputihan.
"Qaseh amat sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan peringkat umur serta boleh dinikmati oleh segenap masyarakat. Sesiapa sahaja boleh menggunakan produk makanan tambahan ini," ujarnya.
Qaseh bukan sahaja untuk keperluan rohani tetapi ia juga mampu memperbaiki emosi. Bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan doa adalah penguat kepada proses penghasilan makanan tambahan Qaseh ini.
Produk Qaseh juga bukan sahaja penting untuk kesihatan tubuh badan, malah ia juga diyakini mampu memperbaiki emosi seseorang dan mampu memberikan respons yang baik. Penggunaan bahan-bahan makanan Sunnah ini, diyakini mampu memberikan kesan positif terhadap kesihatan rohani dan jasmani seseorang itu.





Kini, Ana edar mempunyai lebih 30 jenis rangkaian barangan yang memenuhi keperluan masyarakat Islam khususnya termasuklah barangan penjagaan diri dan kesihatan. Malah, Ana edar mempunyai 70 orang stokis di seluruh Malaysia dan mempunyai kira-kira 30,000 ahli berdaftar.
Selain itu, Ana edar juga mempunyai barangan produk penjagaan luaran. Produk ini seratus peratus menggunakan herba tanpa menggunakan bahan kimia. 
Rangkaian produk ini terdiri daripada 3 dalam 1 iaitu pembersih semula jadi bebas bahan kimia dan bahan pengawet. Produk ini sesuai digunakan untuk muka, rambut dan juga badan. 
Selain itu terdapat produk krim kulit yang bertindak sebagai pelembap muka dan memperbaiki struktur kulit muka. Manakala untuk theraputic rub iaitu bam mampu melegakan sendi-sendi, sembelit dan menahan rasa mengantuk.
Bertitik tolak dengan memperkenalkan jenama Ana pada tahun 1983, kini perniagaan yang dikenali sebagai Ana Edar. Sdn. Bhd. semakin bertapak kukuh di pasaran sejak 1992.
Ana Edar juga mempelawa mereka yang ingin menjadi rakan niaga untuk produk ana edar. Mereka yang berminat boleh menghubungi Ana Edar Sdn.Bhd, No 9, Jalan 6, Taman Batu Off Greenwood Park, 68100 Batu Caves, Selangor atau hubungi talian,03-61890484. Untuk sebarang maklumat, anda boleh layari laman web ana edar di www.anaedar.com

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0728&pub=Kosmo&sec=Stailo&pg=st_03.htm#ixzz2m94tTsmU 
Hakcipta terpelihara 


MEMPERJUANGKAN MAKANAN SUNNAH
MEMARTABATKAN EKONOMI UMMAH
MAKANAN SUNNAH, MUDAH MURAH MUJARRAB 

BERMINAT???
Boleh hubungi saya untuk belian produk dan peluang perniagaan, sama ada dropship, sekadar mencuba atau serius berniaga. Saya akan membimbing anda. Pelbagai kelas juga disediakan oleh HQ.

Whatsapp/sms/call/ : 012-9221876
Email : wanieed85@gmail.com
Facebook page :https://www.facebook.com/pages/WanieQaseh

No comments:

Post a Comment