Qaseh Gold

Qaseh Gold
Makanan Sunnah

Tuesday, May 20, 2014

Qaseh Gold dan IMP


Apa itu IMP?

IMP adalah Islamic Manufacturing Practice @ Amalan Pengilangan Islamic yang mendapat pengiktirafan oleh JAKIM dan Qaseh Gold disediakan di bawah piawaian IMP.

Secara umumnya, IMP ialah suatu piawaian yang bertaraf Halalan Toyyiba iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fizikalnya (yakni tiada bahan-bahan haram ataupon kontiminasi dengan bahan-bahan haram) malahan suci dari sudut rohaniahnya.

Walaupon terdapat lambakan produk kesihatan terutamanya supplemen dari luar negara yang mendapat sijil halal, tetapi ianya tidak memadai untuk meningkatkan kesihatan Jasmani dan rohani kita.

InsyaAllah, dengan memakan produk yang Halalan Toyyiba , ianya akan merubah 4 perkara iaitu pemikiran, perasaan, jiwa dan budi pekerti di samping menjadikan rohani kita lebih dekat kepada perintah Allah dan Rasul.

IMP telah diwujudkan sejak 2005  dan kaedah pengilangan harus mematuhi tuntutan hukum hukum dalam Islam. Produk hasil pengilangan IMP ini dijamin kesuciannya bukan sahaja dari sudut lahiriah tetapi juga dari sudut rohaninya.

IMP akan merangkumi semua proses di bawah unntuk memastikan piawaianya bukan sahaja memenuhi kehendak Islam malah juga mematuhi peraturan-peraturan dan piawaian laen yang ditetapkan seperti

1. IMP -Islamic Manufacturing Practice
2. GMP - Good Manufacturing Practice
3. HACCP - Persijilan dari Eropah
4. ISO 9002
5. Halal


Proses Pengilangan IMP

Proses pengilangan IMP terbahagi kepada 3:
1. Pengusaha
2. Situasi kilang dan bahan mentah
3. Pekerja

Pengusaha IMP

Pengusaha yang ingin melibatkan diri dalam pembuatan produk berasaskan Halalan Toyyiba mestilah :

1. Mengetahui persoalan hukum pembuatan produk
2. Mempunyai ilmu -ilmu berhubung dengan persoalan keagamaan
3. Membekalkan produk mengiut piawaian syarak
4. Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan akan dituntut di akhirat kelak
5. Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna Muslim semata mata mencari keredhaan Allah.
6. Sumber kewangan yang digunaan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba

Situasi Kilang dan Bahan Mentah

1. Susunan dalam kilang mengikut syariat
2.Tidak ada muzik
3. Ada bacaan Al-Quran
4.Ada kuliah kefahaman tentang IMP, GMP dan HACCP
5. Ada kuliah kefahaman agama pada keseluruhan pengurusan dan pekerja 3 kali seminggu
6. Sumber bahan-bahan mentah hendaklah halal  dan mendapat pengesahan dari pihak berkuasa dari Unit  Audit Syariah Dalaman
7. Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah.

Pekerja

1. Pekerja mestilah Islam dan beriman kepada Allah dan Rasulnya (wajib menutup aurat)
2. Mengetahui dengan sungguh-sungguh hukum thoharah yang berhubung dengan drinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah
3. Mengetahui tentang air mutlak dan air mustaqmal
4. Kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-bacaan yang perlu dibaca semasa proses pengilangan
5. Sentiasa ada air wudhu
6. Mesti mulakan dengan Bismillah dan doa-doa khusus
7. Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan
8.Perempuan yang haid dipindahkan dari bahagian pemprosesan buat sementara waktu ke bahagian lain.


No comments:

Post a Comment